|| the past ||
December 2003
January 2004
February 2004
July 2004
October 2005
November 2005
December 2005
March 2006
November 2006
December 2006
November 2007
dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh!
muchos gracias..
|
|
|
|
|| the past || December 2003 January 2004 February 2004 July 2004 October 2005 November 2005 December 2005 March 2006 November 2006 December 2006 November 2007 dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh! muchos gracias..
|
Nov 21, 2005
rasa kosong..
rasa serba tak kena rasa macam tak selesa kerja banyak boleh je selesaikan tapi entah le hari ni. apa kena pun tak tau.. >lovespiralsdownwards | 21.11.05| *** Nov 18, 2005
Thoma'ninah..
salah satu dari rukun solat yang 13 adalah thoma'ninah. bila cakap pasal rukun ni, maknanya satu benda yang wajib dibuat waktu solat. tertinggal satu, maknanya tak sah solat. saja nak buka topik ni sebab benda ni lah antara benda yang tidak diambil berat dalam sembahyang. thoma'ninah, satu perkataan arab yang bermakna berhenti sekejap. dalam konteks rukun solat pula membawa pengertian harus berhenti sekejap selepas setiap rukun sebelum meneruskan rukun yang seterusnya. sebagai contoh, ruku' apabila membongkokkan badan untuk ruku' kita harus berhenti sekejap dalam 1-2 saat (jangan bergerak. kira 'freeze' selama cukup sekadar menyebut "subhanallah) sebelum membaca tasbih ruku'. begitu juga sewaktu i'tidal. wajib untuk berhenti sejenak sebelum diteruskan dengan sujud. pendek kata, tidak perlu tergesa-gesa di dalam menunaikan solat. memang kadangkala kita nak cepat selesai solat sebab ada urusan yang perlu disegerakan, tetapi kita mungkin boleh mempercepatkannya dengan sekadar membaca surah fatihah dan terus ruku'. ini kerana, surah selepas fatihah hanyalah sunat dan tidak mencacatkan solat itu. tapi jangan sampai dek sebab terlalu nak express, kita laju saja sewaktu nak ruku' dan sujud sampai mengabaikan thoma'ninah ni. memang bunyi mudah tapi berhati-hatilah.. >lovespiralsdownwards | 18.11.05| ***
Kebarangkalian..
ada kebarangkalian hidup ini indah habis tu nak serahkan pada kebarangkalian? ulat dalam batu pun boleh hidup kata dia kalau hidup semudah itu tak ada ertinya 'Khalifatullah Fil Ardh' tu tak bolehkah semuanya dipermudahkan? kenapa mesti ada lakonan, sandiwara dan neraca hidup? dogma dan titik sengsara yang bermula macam tak habis habis kebarangkalian dengan kerenah-kerenah manusia bajakan ini memang takkan hilang selagi wujudnya dunia, selagi itulah semuanya akan berjalan ikut skrip tertulis bukan senang nak menukar jalan cerita kena ada kekuatan, ketabahan dan pegangan itu kata mereka bunyi macam senang tapi kalau difikirkan tak ada yang senang dalam hidup semuanya kebarangkalian.. >lovespiralsdownwards | 18.11.05| *** Nov 14, 2005Syawal 1426H salam Syawal untuk anda semua! ibadat di bulan Ramadhan rasa macam belum puas beramal, dah sampai Syawal. puasa dan raya di tahun 2005 ini, cuacanya agak tak menentu. kadang-kadang asyik hujan. ada masanya terik sepanjang hari. tak boleh dijangka. apapun, posa tetapla wajib. alhamdulillah, dapat penuh posa 29 hari tahun ni satu nikmat besar rasanya. ditambah dengan amal-amal sunat yang lain, rasanya tak puas pulak. banyak atau sikit pahala yang dapat, tu terserah pada yang Khaliq. tak guna nak fikir-fikir pasal banyak atau sikit ganjaran yang dapat sebab sudahnya nanti, ikhlas di hati entah ke mana. kalau ada tu, adalah. kalau dah tak ada, nak buat macam mana. apapun, aku terima aje. bila time nak dekat raya tu, kepala otak ni mula la berkira-kira bajet yang bakal lari nanti. dah jadi rutin, bukan berabis duit untuk baju atau kasut raya sangat pun. ada la beli seluar selai dua(tu pun bundle). apa yang pasti, preparation untuk hari raya tu nanti dari segi makanannya. pada aku takde ertinya raya kalau makan tak meriah! lemang, ketupat, lodeh, sambal sotong, kuah kacang, rendang harus ada. tambah pulak semua sedara mara berkumpul kat rumah aku tahun ni. teruja je rasa hari tu bila semua pakat gotong royong sama-sama masak. cuma ada benda yang aku rasa agak terkilan iaitu pe'el beberapa orang adik sepupu aku yang tak kisah pun nak menolong. tak padan dengan pompuan. tak bleh diharap langsung. macam tak de perasaan je depa tu. boleh duduk je dalam bilik tu, tido + main PC. time makan tau pulak nak keluor. aku yang lelaki ni pun rajin la ke dapur buat itu ini. dema tu, lipat baju pun nak kena suruh. just dunno how to make themselves useful. aku paham la pada umur macam tu memang la teenagers ni macam tu perangainya, sebab aku pun pernah muda gak dulu. tapi aku rasa aku tak la seteruk tu dulu! (bukan nak bangga la tapi realiti ni) transition umur ni memang akan ada macam-macam perangai tapi parents tu mestila ajar. kalau dah parents sendiri tak kata apa, nak suruh aku buat camne? tengok je la.. cuti lama jugak kali ni. dalam dua belas hari adanya. hehehehhee.. nak habiskan cuti rasanya. tapi macam tak habis-habis lagi cuti aku ni. dok ada je lagi. masa ni je la yang boleh balik kampung dan timingnya member-member lain pun ada balik jugak. berkumpul, keluar minum-minum, borak + tengok bola macam dulu-dulu. sambil-sambil tu kira tukor idea sket sebanyak. bila time raya ni macam biasa akan adalah Ops Sikap untuk semua pengguna jalanraya kat Malaysia ni. takut betul aku tengok stats kemalangan kat negara kita ni. lebih seribu kemalangan yang jadi tetiap hari. aku paham la kebanyakannya tu mungkin la setakat hentam bumper dari belakang, terbabas sikit dalam parit, terlanggar lembu dan sebagainya. tapi aku rasa semua tu boleh dielakkan sekiranya kita ni ada 'precautious' dalam diri masing-masing. pandu atau tunggang dengan penuh rasa tanggungjawab, bersabar, tidak leka dan pastikan kenderaan dalam keadaan yang terbaik. sudah la tahap disiplin bila atas jalan memang lah sifar, membahayakan nyawa orang lain pulak tu. tak patut langsung bila sebab kecuaian diri sendiri, nyawa orang lain yang melayang. ada anak yang menjadi yatim, isteri menjadi balu atau ibu ayah yang kehilangan anak. kalau rasa tak sayang nyawa, janganlah nayakan orang lain. bila dah pegang stereng tu, semua pikir nak cepat je. tak sabar, tak hormat semua cukup. dah tak boleh nak guna otak bepikir. pakai kepala lutut gamaknya depa ni. pantang sangkut sikit, nak mencilok je ikut lorong kecemasan. tak boleh la nak bersabar dan ikut giliran. memang menakutkan. bukan setakat kereta, bas, lori pun belasah jugak. ada masa tu bas ekspress yang tak padan dengan besor, nak jugak memotong ikut lane kanan. so, nak salahkan sapa? mentaliti or perangai memang kurang ajar sebab mak bapak/penjaga tak cukup ajar? ke nak pinpoint kat cikgu skolah jugak sbb ajar tak cukup dulu? entahla.. >lovespiralsdownwards | 14.11.05| *** |