|| the past ||


December 2003

January 2004

February 2004

July 2004

October 2005

November 2005

December 2005

March 2006

November 2006

December 2006

November 2007


dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh!

muchos gracias..

 

 

 

 




Nov 18, 2005
Kebarangkalian..

ada kebarangkalian hidup ini indah
ada kebarangkalian semuanya kepuraan
manusia berakal takkan jadi zalim
zalim iaitu tidak meletakkan sesuatu benda atau perkara kat tempat sewajarnya, itu zalim
tak ada yang salah atau buruk melainkan yang indah
salah siapa?asal usul kita? datuk moyang kita? mak bapak kita?
serah saja pada nasib tanpa fikir nak berubah, itu yang salah
serah saja pada ketentuan tanpa rasa malu pada yang Khaliq, itu dah tak betul
tak ada satu benda pun yang sengaja dijadikan buruk olehNya untuk makhluknya
terpulang kepada penerimaan dan perasaan
kebarangkalian itu tetap ada...

habis tu nak serahkan pada kebarangkalian?

ulat dalam batu pun boleh hidup kata dia

kalau hidup semudah itu tak ada ertinya 'Khalifatullah Fil Ardh' tu

tak bolehkah semuanya dipermudahkan?

kenapa mesti ada lakonan, sandiwara dan neraca hidup?

dogma dan titik sengsara yang bermula

macam tak habis habis

kebarangkalian dengan kerenah-kerenah manusia bajakan ini memang takkan hilang

selagi wujudnya dunia, selagi itulah semuanya akan berjalan ikut skrip tertulis

bukan senang nak menukar jalan cerita

kena ada kekuatan, ketabahan dan pegangan

itu kata mereka

bunyi macam senang tapi kalau difikirkan

tak ada yang senang dalam hidup

semuanya kebarangkalian..



>lovespiralsdownwards | 18.11.05|

***