|| the past ||


December 2003

January 2004

February 2004

July 2004

October 2005

November 2005

December 2005

March 2006

November 2006

December 2006

November 2007


dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh!

muchos gracias..

 

 

 

 




Nov 14, 2005

Syawal 1426H

salam Syawal untuk anda semua! ibadat di bulan Ramadhan rasa macam belum puas beramal, dah sampai Syawal. puasa dan raya di tahun 2005 ini, cuacanya agak tak menentu. kadang-kadang asyik hujan. ada masanya terik sepanjang hari. tak boleh dijangka. apapun, posa tetapla wajib. alhamdulillah, dapat penuh posa 29 hari tahun ni satu nikmat besar rasanya. ditambah dengan amal-amal sunat yang lain, rasanya tak puas pulak. banyak atau sikit pahala yang dapat, tu terserah pada yang Khaliq. tak guna nak fikir-fikir pasal banyak atau sikit ganjaran yang dapat sebab sudahnya nanti, ikhlas di hati entah ke mana. kalau ada tu, adalah. kalau dah tak ada, nak buat macam mana. apapun, aku terima aje.

bila time nak dekat raya tu, kepala otak ni mula la berkira-kira bajet yang bakal lari nanti. dah jadi rutin, bukan berabis duit untuk baju atau kasut raya sangat pun. ada la beli seluar selai dua(tu pun bundle). apa yang pasti, preparation untuk hari raya tu nanti dari segi makanannya. pada aku takde ertinya raya kalau makan tak meriah! lemang, ketupat, lodeh, sambal sotong, kuah kacang, rendang harus ada. tambah pulak semua sedara mara berkumpul kat rumah aku tahun ni. teruja je rasa hari tu bila semua pakat gotong royong sama-sama masak. cuma ada benda yang aku rasa agak terkilan iaitu pe'el beberapa orang adik sepupu aku yang tak kisah pun nak menolong. tak padan dengan pompuan. tak bleh diharap langsung. macam tak de perasaan je depa tu. boleh duduk je dalam bilik tu, tido + main PC. time makan tau pulak nak keluor. aku yang lelaki ni pun rajin la ke dapur buat itu ini. dema tu, lipat baju pun nak kena suruh. just dunno how to make themselves useful. aku paham la pada umur macam tu memang la teenagers ni macam tu perangainya, sebab aku pun pernah muda gak dulu. tapi aku rasa aku tak la seteruk tu dulu! (bukan nak bangga la tapi realiti ni) transition umur ni memang akan ada macam-macam perangai tapi parents tu mestila ajar. kalau dah parents sendiri tak kata apa, nak suruh aku buat camne? tengok je la..

cuti lama jugak kali ni. dalam dua belas hari adanya. hehehehhee.. nak habiskan cuti rasanya. tapi macam tak habis-habis lagi cuti aku ni. dok ada je lagi. masa ni je la yang boleh balik kampung dan timingnya member-member lain pun ada balik jugak. berkumpul, keluar minum-minum, borak + tengok bola macam dulu-dulu. sambil-sambil tu kira tukor idea sket sebanyak.

bila time raya ni macam biasa akan adalah Ops Sikap untuk semua pengguna jalanraya kat Malaysia ni. takut betul aku tengok stats kemalangan kat negara kita ni. lebih seribu kemalangan yang jadi tetiap hari. aku paham la kebanyakannya tu mungkin la setakat hentam bumper dari belakang, terbabas sikit dalam parit, terlanggar lembu dan sebagainya. tapi aku rasa semua tu boleh dielakkan sekiranya kita ni ada 'precautious' dalam diri masing-masing. pandu atau tunggang dengan penuh rasa tanggungjawab, bersabar, tidak leka dan pastikan kenderaan dalam keadaan yang terbaik. sudah la tahap disiplin bila atas jalan memang lah sifar, membahayakan nyawa orang lain pulak tu. tak patut langsung bila sebab kecuaian diri sendiri, nyawa orang lain yang melayang. ada anak yang menjadi yatim, isteri menjadi balu atau ibu ayah yang kehilangan anak. kalau rasa tak sayang nyawa, janganlah nayakan orang lain.

bila dah pegang stereng tu, semua pikir nak cepat je. tak sabar, tak hormat semua cukup. dah tak boleh nak guna otak bepikir. pakai kepala lutut gamaknya depa ni. pantang sangkut sikit, nak mencilok je ikut lorong kecemasan. tak boleh la nak bersabar dan ikut giliran. memang menakutkan. bukan setakat kereta, bas, lori pun belasah jugak. ada masa tu bas ekspress yang tak padan dengan besor, nak jugak memotong ikut lane kanan.

so, nak salahkan sapa? mentaliti or perangai memang kurang ajar sebab mak bapak/penjaga tak cukup ajar? ke nak pinpoint kat cikgu skolah jugak sbb ajar tak cukup dulu? entahla..





>lovespiralsdownwards | 14.11.05|

***