|| the past ||


December 2003

January 2004

February 2004

July 2004

October 2005

November 2005

December 2005

March 2006

November 2006

December 2006

November 2007


dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh!

muchos gracias..

 

 

 

 




Dec 28, 2005

Chronicles of Luna

Luna..

dek kerana ide yang mengalir pada saat masuk ofis semalam dan seterusnya tercatat satu manifestasi tentang satu nama, Luna. ada beberapa teman rapat yang mula bertanya, "siapa Luna tu? relate dengan your wife ke? ada awek baru ke?". rasanya aku kena jawab persoalan yang mungkin wujud di benak kalian.

sebenar benarnya aku saja wujudkan satu dimensi imaginasi aku dan makhluk bernama Luna ini. bukan merujuk kepada mana-mana individu dan cuba menggantikan namanya. wujudnya Luna atas dasar fantasi. tanpa menggambarkan rupa paras maupun bentuk wajah. bukanlah aku ni suka berfantasi tapi ada masa-masa tertentu aku rasa aku perlu. jangan tanya kenapa aku buat macam tu. aku sendiri pun tak berapa pasti jawapannya.

Luna bermaksud sifat-sifat bulan. sebagai salah satu bintang di cakerawala, bulan ni sifatnya adalah cermin yang membias balik cahaya pada bumi di waktu malam. pada aku, cermin ada bermacam-macam pengertian. ada masa kita tertipu dengan apa yang dibiaskan dek cermin ini. selalunya kita cuba untuk memuaskan diri sendiri dengan mencipta persepsi yang menarik. apa jua yang kita cuba buat, kita tak fikir pun sama ada "adakah pandangan orang lain sama dengan aku?" bukannya kita memandang diri sendiri bila berjalan, kan? orang lain yang melihat diri kita. logiknya memang ada...

kesimpulannya, aku sekadar mewujudkan satu alam dimensi aku sendiri dengan mencipta Luna yang agak unik namanya dan cuba bermanifestasi dengan nama itu. daya imaginasi yang melampau? tak kot. bukankah setiap manusia itu ada tahap intelektual dan keunikan masing-masing? terpulanglah pada korang semua untuk mentafsirnya. seronok jugak bila buat benda-benda yang rasa macam pelik ni. buat saudara rapatku yang 2 orang tu, harap kalian dah ngerti..



>lovespiralsdownwards | 28.12.05|

***