|| the past ||


December 2003

January 2004

February 2004

July 2004

October 2005

November 2005

December 2005

March 2006

November 2006

December 2006

November 2007


dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh!

muchos gracias..

 

 

 

 




Jul 2, 2004
~~ Back For Good... ~~

setelah sekian lama MIA (missing in action), aku cuba untuk menulis kembali. rasa cramp kepala otak nak pikir untuk tulis apa. lantaran hambatan tugas yang semakin hari semakin menggila, membuatkan hampir ketiadaan masa untuk aku menghadap blog ini. kadang kala bila dah mengadap PC, tak tepikir pun untuk mebukak blogger.com tu sebab lebih kepada mencari info-info, berita dsb. at the end of the day, otak dah penat. mood pun dah takde. nak balik aje.

musim buah baru je habih. kalau ada pun yg tinggal sekarang ni kira belen-belen durian, rambutan, manggis dan langsat. menyusul pulak demam program-program mencarik 'talent' dalam industri hiburan samada berbentuk 'reality tv' atau yg konvensional. dari satu stesen ke stesen tv yg lain, hampir kesemuanya sedang giat dengan program-program yang seumpanya. terlintas di benak, kenapa ide untuk 'mencari bakat' ini mesti ditiru atau dibeli hakciptanya oleh stesen-stesen tv itu? pulak tu, kesemuanya mengkehendaki penonton yg menjadi penentu nasib mereka. memang ianya satu revolusi. undi secara sms. tetapi nasib mereka itu terlalu subjektif untuk penonton dan pengundi menjadi penentu. takkan nak perjudikan bakat dan anugerah mereka berdasarkan rupa, gaya, dan perwatakan. sedangkan yg berbakat diketepikan. bukan semua penonton sanggup meluangkan masa dan tumpuan untuk menjadi fanatik sesuatu program terutamanya golongan professional atau intelek. maka akan huru haralah hasil program-program itu. pada saya, cukupla sekadar menjadi penonton. untuk beremosi bersama, sorilah..

akhirnya uefa euro 2004 hampir ke penghujungnya. perlawanan akhir pada 4hb ini bakal menemukan tuan rumah Portugal dan pasukan penuh kejutan Greece. setelah kecewa pasukan pilihan aku ditundukkan oleh Greece pagi tadi, aku takkan terkejut sekiranya mereka pula berjaya menjulang piala ahad ini. sesuatu yg tidak mustahil bagi sebuah pasukan yg tidak pernah pun menang satu perlawanan di dalam kejohanan besar sebelum ini. apa pun, aku tetap sayang kat team Czech. kesian kat depa. tak tau la apsal nasib kurang baik tadi.

by the way, ada banyak review dvd yg aku nak buat. tapi macam yg aku kata tadi, takde masa.. kesian kat aku.. adios!


>lovespiralsdownwards | 2.7.04|

***