|| the past ||


December 2003

January 2004

February 2004

July 2004

October 2005

November 2005

December 2005

March 2006

November 2006

December 2006

November 2007


dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh!

muchos gracias..

 

 

 

 




Feb 3, 2004
Radio Kisah Benar Yang Menyedarkan

James Robert Kennedy a.k.a Radio, merupakan seorang pemuda belasan tahun yg menghadapi masalah 'mentally disable'. dia tidak boleh membaca, menulis dan juga bermasalah untuk bertutur. selalu menghabiskan masa dengan merayau di sekitar pekan Anderson, South Carolina sambil menolak troli pasaraya yg diisi dengan barang-barang yg dikutipnya termasuklah sebuah radio kesayangannya. kisah yg benar di tahun 63 ini bermula apabila James yg suka merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah tinggi Anderson setiap petang sambil menyaksikan pasukan bolasepak Amerika sekolah tersebut berlatih sambil meniru-niru gaya jurulatih Harold Jones. perlakuannya itu menarik perhatian Jones dan beliau cuba untuk mendekati James. James yg pada mulanya takut-takut tambahan pula dia telah mengambil bola yg secara kebetulan tercampak berdekatan dengannya telah bertindak utk memulangkan bola tersebut tetapi Jones tidak mahukan bola itu bahkan telah mengajak James utk bersamanya sewaktu sesi latihan. Pada ketika itu, James tidak bercakap sepatah pun dan hanya mendiamkan diri. tetapi setelah satu insiden yg mana Jones telah menyelamatkan dirinya dari dibuli oleh sekumpulan pelajar, mereka telah menjadi rapat dengan Jones telah bertindak selaku pelindung dan seorang ayah kepada James (dia telah kematian ayahnya). Oleh kerana hobinya membelek radio, maka James telah diberikan gelaran "Radio" oleh Jones.



kisah yang sungguh menarik dan berkesan di hati saya ini telah digarap oleh Mike Tollin selaku penerbit dan pengarah dan ditulis oleh Mike Rich. Tollin telah banyak menerbitkan filem-filem seperti Varsity Blues, Hardball, Big Fat Liar dan my feveret series, Smallville. baru mengarah satu filem sebelum ini iaitu Summer Catch (teenage movie with Freddie Prince Jr.). "Radio" tidaklah begitu artistik atau drama. diselit dgn komedi, sedih, kekeluargaan dan begitu menyedarkan saya tentang supaya tidak memandang sebelah mata terhadap golongan kurang upaya. gaya arahan Tollin tidaklah terlalu dasat tetapi berjaya membawa saya menyelusuri setiap watak dan jalan cerita dari mula sampai akhirnya dengan penuh perhatian. agak ganjil di zaman presiden Carter itu tidak terlalu ketara masalah 'racism' atau warna kulit yg mana begitu menjadi isu pada ketika itu di Amerika. di sekolah keadaan nampak seperti tidak ada sebarang masalah. tetapi tidak di luar sekolah tambahan pula tidak ramai watak kulit hitam yg ditonjolkan. apapun ia nampak seperti tidak memainkan peranan yg penting di dalam cerita ini walau mungkin pada hakikatnya prejudis di zaman itu semestinya tebal.

watak Radio yang dilakonkan oleh Cuba Gooding Jr. sangat berbeza dari filem²nya sebelum ini. walaupun beliau pernah menggondol Oscar sebagai Best Supporting Actor menerusi Jerry Maguire, namun wataknya sebagai Radio lebih menyentuh dan berlainan. begitu juga Ed Harris sebagai Coach Harold Jones. walau nampak watak beliau yg seolah-olah gagal untuk menjadi seorang bapa yang prihatin terhadap anaknya sendiri lantaran lebih banyak menghabiskan masa dengan pasukan bolasepak dan Radio sendiri. namun keluarganya amat memahami dan menyokong penuh dirinya. jalan penceritaan yg begitu jelas serta tiada kekaburan memudahkan perjalanan cerita dan pemahaman audien. akan tetapi pada saya storyline filem ini tidak begitu mencengkam dan kurang 'touching'nya. peluang untuk sebarang anugerah mungkin tiada tetapi ceritanya tetap bagus.

latarbelakang masyarakat di waktu itu yg nampak berbeza ditonjolkan oleh Tollin dengan tempat 'perjumpaan' watak-watak di dalam pekan Anderson bukanlah di cafe atau restoran akan tetapi di kedai gunting rambut. di sinilah kaum lelaki yg kebanyakkannya watak utama akan berkumpul sambil minum kopi bersembang tentang perlawanan bolasepak Amerika ataupun bola keranjang. disertakan dengan beberapa insiden dan konflik yang menambah rencah bagi menyedapkan lagi cerita ini. penuh dengan unsur-unsur kemanusiaan dan pengajaran membuatkan saya hampir tidak percaya bahawa komuniti yg sebaik itu wujud di bumi Amerika. Hakikatnya, Radio masih lagi hidup dan terus berkhidmat di Hanna Anderson High School . Satu filem yang patut ditonton sekeluarga!!

rating

some link about the real Radio

Radio Link 1...

Radio Link 2...

Radio Link 3...



>lovespiralsdownwards | 3.2.04|

***