|| the past ||


December 2003

January 2004

February 2004

July 2004

October 2005

November 2005

December 2005

March 2006

November 2006

December 2006

November 2007


dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh!

muchos gracias..

 

 

 

 




Jan 15, 2004
Timbalan Perdana Menteri Ke 9

pelantikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yg ke 9 pada 7hb lalu tidak terlalu mengejutkan saya kerana jika dilihat dari segi senioriti dan karisma, Najib dilihat mempunyai kelebihan. sedangkan sewaktu Pak Lah dilantik ke kerusi TPM oleh mantan Perdana Menteri pun dari segi senioriti di dalam kabinet dan kekananan, Najib lebih layak tetapi ianya tidak menjadi kenyataan. walaupun umum mengetahui bahawa Pak Lah tidak berapa ngam dgn Najib dan dilihat Muhyiddin lebih rapat dengan beliau dan telah disebut-sebut bakal dilantik menjadi TPM. namun demikian, segalanya tidak tepat. adakah pemilihan Najib dipengarui Tun Dr Mahathir? bukankah Dr. M pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berharap Najib akan mengisi kekosongan tersebut? apapun, Pak Lah agak mengambil masa untuk membuat pilihan tersebut. sesuatu yg dikira agak tidak kena. adakah beliau mempunyai calon lain yg difikirkan lebih layak? walau siapa pun yg mengisi kerusi tersebut, pada saya ianya tidak menjadi perhatian kerana sudah dapat diagak apakah langkah dan cara seorang TPM. untuk jangka masa terdekat ini, dunia politik tanah air akan memfokus kepada pilihanraya yg bakal tiba. ramalan saya paling cepat adalah sekitar hujung Februari atau Mac (selepas musim haji) ataupun sekitar bulan Mei. tetapi hati saya kuat mengatakan Parlimen akan dibubarkan sebelum April ini serentak dgn validity date utk negeri Sabah.
umum mengetahui Datuk Seri Najib sebagai seorang yg tidak mudah melenting dan marah. dari segi kepimpinan, beliau lebih berlembut dan berdiplomasi. ada kebarangkalian sifatnya itu akan dimanipulasi kelak. akan tetapi saya memandang beliau ini sebagai seorang yg agak lemah daya kepimpinannya. bukan tidak bagus tetapi ada kekurangan. tentu kita tidak harus lupa sewaktu beliau memegang Kementerian Pendidikan dahulu. terutamanya 'batch' yg lahir tahun '78. pada saya batch in banyak dijadikan bahan eksperimen. dari penggunaan kad pengenalan baru, sistem UPSR yg diubah, pengenalan PMR, SPM format baru, Matrikulasi yg difrancaiskan dan disingkatkan tempoh pengajian menyaksikan ramai pelajar yg menjadi mangsa keadaan. ramai juga yg tak tahu akan kisah lama Najib sebelum ini. bukanlah niat saya untuk memburukkan beliau tetapi saya yg hanya baru mengetahui tentang perkara ini sendiri agak terkejut. rupa-rupanya Puan Seri Rosmah adalah isteri kedua beliau. isteri pertama telah diceraikan dan selepas itu beliau telah bernikah dengan Puan Seri. apa yang lebih mengejutkan saya, Puan Seri itu dahulu adalah isteri kepada rakan akrib beliau sendiri. perkara ini pernah menjadi kes mahkamah kalau tidak silap dan Najib telah diselar di atas perlakuannya itu. cerita ini cerita lama. mungkin di zaman kanak-kanak dahulu dan saya pun tak ambil pusing. apapun diharap tidak akan berlaku sebarang perkara yg tidak diingin di antara beliau dan Pak Lah. Nampak sangat mereka ini tidak di dalam 'kapal' yang sama kerana Najib berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan "melawan tauke" dan kenyataannya yg seakan merayu diberikan peluang utk bekerjasama dgn Pak Lah. entahlah, adakah sebarang syarat ataupun arahan yg telah diberikan kepada Pak Lah utk memilih Najib sebagai timbalan? apapun, selamat maju jaya Datuk Seri Najib!


>lovespiralsdownwards | 15.1.04|

***