|| the past ||


December 2003

January 2004

February 2004

July 2004

October 2005

November 2005

December 2005

March 2006

November 2006

December 2006

November 2007


dude!, please leave u'r comment at the comment link, eh!

muchos gracias..

 

 

 

 




Jan 2, 2004
Tahun Baru? Merevolusikan Diri Satu Cabaran..

hari kedua di tahun masehi 2004 jatuh pada hari jumaat 10 zulkaedah. malam kelmarin di kebanyakan bandar terutama ibu negeri menjadi tumpuan semua org terutamanya 'org muda' berkumpul utk mengira detik berlalunya tahun dua kosong kosong tiga dan menyambut tahun dua kosong kosong empat. disertakan dengan persembahan pentas yg sudah pasti daya penariknya artis² terkenal tanahair dan juga pertunjukan bunga api (sinonim setiap event besar), rakyat berkumpul tak kira di mana tempat pun samaada di atas dataran, bangunan pencakar langit, pulau pelancongan, hatta di kelab² malam ataupun kawasan² yg sewaktu dgnnya.

satu kemusykilan di hati, apa yg ingin dicari mereka? sekadar berhibur? memenuhi masa senggang? atau sudah menjadi tradisi? entahlah.. kadangkala perlakuan mereka² amat menjengkelkan. tertanya pada diri sendiri apakah sudah hilang kesopanan bangsaku ini? yg pastinya, sekalung tahniah kepada kolonialis dahulukala di atas kejayaan mereka merubah jatidiri kita dari dahulu dan tidak putus² sampai sekarang. sudah pasti ianya akan beterusan hingga usia dunia berakhir. namun tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada mereka kerana pentadbir negara sendiri tidak merasakan itu sebagai satu keaiban. tak begitu?

setiap kali tahun bertukar, topik yg sama akan diwacanakan. apa azam dan resolusi tahun baru? adakah sudah tercapai azam tahun lepas? bagus sekali jikalau mempunyai keinginan untuk merubah diri ke arah kebaikan. tapi pokok pangkalnya tanya diri sendiri. kalau ingin berubah tidak kira masa dan ketika.

tahun lepas banyak sekali peristiwa yg menjadi perhatian semua samada di dalam negeri atau luar negara. dari kisah penaklukan iraq, penentangan terhadap keganasan yg diketuai oleh negara polis dunia A.S, perletakan jawatan perdana menteri kita, kecemerlangan atlet dlm dan luar dlm arena masing². kesemuanya sudah menjadi sejarah yg termaktub dan perlu diambil iktibar baik dan buruknya.

penutup bicara, tiada ertinya menjadi bangsa yg mengaku merdeka sekiranya perlakuan tidak mencerminkan yg sewajarnya. sama²lah kita merevolusikan diri sebagai titik mula tahun ini. buatlah perubahan kepada diri sendiri dan persekitaran. cabaran dunia semakin luas. jurang semakin melebar. renungkanlah..


>lovespiralsdownwards | 2.1.04|

***